Wanita dikhuatiri lemas ketika mandi sungai - Utusan Malaysia

Wanita dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang dikhuatiri lemas di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai, Gerik hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama ibu dan tiga ahli keluarga lain di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai di sini hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Nur Arina Azizan, 20.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu berlaku ketika lima sekeluarga berkenaan bermandi-manda di sungai menggunakan pelampung sebelum pelampung yang digunakan mangsa terpisah daripada ahli keluarga lain.

Tindakan mangsa yang turun dari pelampung telah menyebabkan dia dihanyutkan arus deras dan ibunya yang melihat kejadian itu cuba membantu sebelum turut dibawa arus.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala anaknya hilang sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 3.11 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan dengan melaksanakan ‘open surface searching’ berdekatan lokasi mangsa dipercayai lemas termasuk pelaksanaan ‘skin dive’.

“Sembilan kayak dari Pasukan Bomba Sukerela (PBS) Kampung Kerunai turut serta dalam operasi di mana pencarian dijalankan dengan menyusuri sungai manakala lain-lain agensi membantu pencarian dengan melewati tebing sungai.

“Usaha pencarian itu juga dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang telah berada di lokasi manakala Unit Anjing Pengesan (K9) telah diaktifkan untuk ke lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pencarian bagaimanapun ditangguhkan pada pukul 7 petang dengan beberapa anggota ditempatkan di Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Operasi pencarian yang turut disertai pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung itu akan disambung semula esok pada pukul 8 pagi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya