Wang simpanan arwah suami RM20,000 lesap, janda terpedaya love scam

Wang simpanan arwah suami RM20,000 lesap, janda terpedaya love scam

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang janda kerugian RM20,900 apabila wang simpanan arwah suaminya  lesap selepas terpedaya dengan love scam seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi TikTok. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 33 tahun terpikat dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Jiu Hong pada 5 November lalu.

Menurutnya, mangsa diberikan ‘link’ pautan sebuah aplikasi untuk berkenalan lebih lanjut. 

“Mangsa yang tidak bekerja menekan ‘link’ itu dan dimasukkan ke dalam ‘google chat’ bagi membolehkan dia berhubung dengan individu tersebut. 

“Selepas beberapa hari berhubung, suspek menyatakan mahu memberikan pengadu hadiah sempena perkenalan mereka yang mana hadiah tersebut berupa telefon dan wang dalam bentuk dolar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata beliau, sejurus selepas itu, mangsa menerima email yang memaklumkan barang kiriman itu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mangsa perlu membuat pembayaran untuk mendapatkan barangan tersebut kepada sebuah syarikat kurier. Mangsa membuat 14 kali bayaran ke tujuh akaun bank yang berbeza menggunakan wang simpanan arwah suaminya. 

“Malangnya, setelah membuat bayaran mangsa masih lagi diminta membuat pembayaran bagi pelbagai alasan,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan tidak lagi mengikuti arahan yang diberikan.

“Mangsa membuat laporan di Ibu pejabat Polis Kuala Terengganu semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya