Wang masuk Baitulmal untuk pastikan patuh syariah

Wang masuk Baitulmal untuk pastikan patuh syariah

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wang masuk Baitulmal untuk pastikan patuh syariah

Soalan
Saya ingin bertanya apa hukumnya seseorang itu menyimpan wang ke Baitulmal dengan niat mensucikannya kerana wang tersebut sumber haram?

Kasim
Klang

JAWAPAN
Seseorang yang ingin bertaubat daripada wang haram seperti pelaburan tidak patuh syariah boleh menyalurkannya kepada baitulmal bagi tujuan bertaubat. Baitulmal akan menggunakan wang tersebut kepada kegunaan awam. Tindakan ini berlainan dengan pengubahan wang haram. Tetapi kena pastikan wang ini bukan daripada rasuah atau wang orang kerana wajib kedua-duanya itu dikembalikan.

Wuduk sambil bersembang

Soalan
Bolehkah kita melakukan wuduk sambil bersembang?

Roszan
Kuantan

JAWAPAN
Hukum bersembang-sembang ketika mengambil wuduk tanpa ada sebarang keperluan adalah makruh tanpa ada sebarang dosa.

Qada solat atau
sunat rawatib?

Soalan
Bagaimana cara kita qada solat tertinggal tanpa meninggalkan solat sunat rawatib.

Imran
Kota Bharu

JAWAPAN
Untuk qada solat yang terlepas boleh dilakukan pada waktu lapang atau setiap kali solat fardu atau waktu Duha tanpa meninggalkan solat rawatib.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya