Waktu bekerja jururawat: KKM teliti dapatan, cadangan lima NGO

Waktu bekerja jururawat: KKM teliti dapatan, cadangan lima NGO

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memperhalusi, meneliti dan mempertimbangkan hasil dapatan serta cadangan daripada lima persatuan jururawat bagi menyelesaikan isu lanjutan waktu bekerja profesion tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mengikuti semua perkembangan berkaitan arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan jururawat di wad hospital bekerja tambahan tiga jam seminggu bermula 1 Disember depan.

“Saya mengikuti penuh sedar, segala input yang diberikan oleh pelbagai pihak berkenaan waktu bekerja jururawat di bawah sistem baharu SSPA.

“Saya juga menerima baik kenyataan daripada lima persatuan jururawat berkenaan hal ini yang juga mahu meninjau dan mendalami libat-urus mereka.

“Sehubungan itu, saya akan meneliti dan menimbang cadangan-cadangan daripada tinjauan terbabit,” katanya menerusi hantaran di platform sosial X, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, beberapa pihak meluahkan kebimbangan mereka berhubung arahan baharu di bawah SSPA yang memerlukan jururawat di wad hospital bekerja tambahan tiga jam seminggu iaitu daripada 42 jam ketika ini kepada 45 jam, mulai 1 Disember depan.

Sebuah portal berita memetik kenyataan Senator RA Lingeshwaran yang juga bekas pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang, bahawa bekerja 45 jam seminggu adalah lebih sesuai untuk penjawat awam di pejabat yang bekerja lima hari seminggu dari 8 pagi hingga 5 petang dengan cuti hujung minggu.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Saaidah Athman pula dipetik berkata, tidak adil membandingkan jururawat yang bekerja secara syif, termasuk tugas malam, dengan pekerja pejabat yang hanya bekerja pada hari biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya