Wakil rakyat merokok di Parlimen, CAP gesa tindakan tegas diambil

Wakil rakyat merokok di Parlimen, CAP gesa tindakan tegas diambil

N.V. SUBARROW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan sikap beberapa Ahli Parlimen yang merokok secara terbuka di kawasan larangan merokok di sekitar bangunan Parlimen baru-baru ini.

Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, sikap ahli Parlimen yang melanggar larangan merokok itu adalah satu perkara yang memalukan.

“Justeru, CAP mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengambil tindakan tegas terhadap ahli Parlimen yang melanggar peraturan dengan merokok di kawasan larangan di Parlimen.

“Mereka (Ahli Parlimen) sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa Ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan dengan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Difahamkan, terdapat tiga kawasan khas disediakan untuk wakil rakyat itu merokok. Namun, ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang memilih untuk merokok di kawasan larangan.

Menurut Subbarow lagi, Ahli Parlimen ialah mereka yang menyokong Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Oktober lalu.

“Mereka bagaimanapun mengabaikan larangan merokok di kawasan Parlimen dan ini memberikan contoh yang buruk kepada masyarakat di luar sana.

“Sehubungan itu, kami menggesa pegawai Kementerian Kesihatan untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang merokok di tempat larangan di Parlimen dan mengenakan denda maksimum RM5,000 di bawah Akta 852,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya