Wajib qada solat lima waktu tertinggal
Soalan
Apakah hukumnya tertinggal satu solat lima waktu sehari?
Muslim,
Kajang
JAWAPAN
Hukum tertinggal solat walaupun untuk satu waktu adalah dosa besar dan wajib bertaubat nasuha serta jangan bertangguh untuk menqadakannya.
Hashim
Kajang
Ambil wuduk bersambung
Soalan
Apakah hukumnya mengambil wuduk secara bersambung-sambung atas faktor tertentu?
Abdul Karim
Terengganu
JAWAPAN
Hukum mengambil wuduk secara bersambung- sambung adalah sunat yang terbaiknya disudahkan segera berserta tertib.
Mualaf ingin tahu kedudukan harta sepencarian
Soalan
Sebagai seorang mualaf saya ingin penjelasan ustaz berkenaan kedudukan harta sepencarian dengan bekas isteri. Saya memeluk Islam tetapi dia tidak.
Abdullah
Pulau Pinang
JAWAPAN
Sekiranya tuan masuk Islam dan isterinya tidak masuk Islam maka diberi tempoh tiga kali suci atau tiga bulan bagi yang tIdak ada haid untuk bersama suami atau terfasakh sekiranya tidak masuk Islam. Secara asasnya, sekiranya wanita itu mempunyai ke atas harta maka dia berhak ke atasnya. Perkara ini boleh dilakukan dengan proses mahkamah menentukan dengan adil.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]