Wajib guna beg biodegradasi ganti plastik

Wajib guna beg biodegradasi ganti plastik

PERBEZAAN beg biodegradasi (kanan) yang lebih mudah terurai berbanding beg plastik sekali guna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran mewajibkan penggunaan beg biodegradasi sebagai alternatif menggantikan beg plastik sekali guna di seluruh negara bagi menggalakkan usaha Pemuliharaan alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS), Datuk Seri Abdul Malek Yusori berkata, langkah menyeluruh dan kerjasama antara agensi berkaitan diperlukan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan tersebut.

Katanya, ia termasuk keseragaman pelaksanaan dasar di peringkat kebangsaan bagi mengelak-kan kekeliruan antara negeri dan memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa sebarang pengecualian.

“Sebagai langkah yang lebih berkesan, beg biodegradasi atau beg kertas yang mudah terurai perlu diwajibkan untuk menggantikan beg plastik.

“Pengenaan caj 20 sen bagi setiap beg plastik di pasar raya tidak banyak membantu dalam mengurangkan penggunaan plastik sebaliknya hanya menambah kos kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan, kerajaan mempertimbangkan untuk menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di seluruh negara seawal tahun 2026.

Menteri Sumber Asli dan Kele-starian Alam (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, setakat ini, dua negeri dan satu daerah iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu sudah pun melaksanakannya.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Gandingan Gerakan Pengguna Malaysia, Dr. Lee Nan Sang menegaskan, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih tegas dengan melaksanakan larangan penggunaan plastik sekali guna secara menyeluruh termasuk di pusat beli-belah, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Kata beliau, sekiranya polisi ini diterapkan secara seragam, isu peniaga yang mendakwa mengalami penurunan jualan akibat larangan plastik tidak lagi menjadi alasan.

“Pendidikan di negara ini juga perlu menjurus kepada kepen-tingan menjaga alam sekitar dan kesan negatif plastik terhadap ekosistem kita. Jika semua pihak menyokong usaha ini, masalah pencemaran plastik kurangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya