Vivy Yusof, suami masih dirakam keterangan - Azam Baki

Vivy Yusof, suami masih dirakam keterangan – Azam Baki

Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini sedang merakam percakapan pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi wartawan sebentar tadi.

Azam berkata, pasangan itu dipanggil memberi keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta.

“Sekarang ini mungkin pegawai saya sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada proses (ambil keterangan) terhadap pasangan itu masih berlangsung, Azam berkata, beliau memaklumlumkan proses itu belum selesai.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.

Difahamkan, pasangan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Semalam, SPRM mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di MOF, Khazanah, PNB dan FashionValet.

Terdahulu, SPRM menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RMRM43.9 juta.

Menurut sumber, selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah MOF, Khazanah dan PNB.

Sebelum ini, dalam kenyataan bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Vivy dan suami, pasangan berkenaan memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB serta Khazanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya