Vivy tinggalkan SPRM selepas lima jam beri keterangan

Vivy tinggalkan SPRM selepas lima jam beri keterangan

VIVY Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini pagi tadi untuk direkod keterangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas lima jam direkod keterangan.

Pasangan itu meninggalkan bangunan SPRM kira-kira pukul 1.58 tengah hari menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Ini adalah hari keempat pasangan itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.

Sebelum ini, kediaman milik pasangan suami isteri itu di Mont Kiara, Kuala Lumpur turut digeledah pegawai SPRM.

Antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mendedahkan wujud transaksi meragukan selepas pihaknya menganalisa 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada Fashion Valet, Khazanah dan PNB. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya