Vivy, suami tiba di SPRM untuk hari keempat

Vivy, suami tiba di SPRM untuk hari keempat

VIVY Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pagi tadi untuk direkod keterangan.

Pasangan itu tiba kira-kira pukul 9.13 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Turut kelihatan peguam pasangan itu, Shaarvin Raaj Selva Kumar.

Difahamkan, pasangan itu akan dirakam keterangan berkait beberapa transaksi didakwa meragukan susulan pendedahan 60 dokumen berkaitan oleh SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mendedahkan wujud transaksi meragukan selepas pihaknya menganalisa 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada Fashion Valet, Khazanah dan PNB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN