Vivy meninggalkan bangunan SPRM tanpa kelibat suami

Vivy meninggalkan bangunan SPRM tanpa kelibat suami

VIVY Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya buat hari ketiga untuk direkod keterangan. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 4 petang tadi.

Bagaimanapun, Vivy hanya ditemani peguamnya, Shaarvin Raaj Selva Kumar tanpa kelibat suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dipercayai masih berada dalam bangunan SPRM.

Turut mengiringi Vivy keluar dari bangunan SPRM termasuk seorang pegawai SPRM.

Selain itu terdapat dua lagi kenderaan dipercayai membawa beberapa lagi pegawai SPRM turut mengiringi kenderaan Vivy.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 2.34 petang tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM yang kini memasuki hari ketiga.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri tersebut akan hadir pada pukul 10 pagi hari ini, namun telah ditunda ke jam 2 petang.

Pada 6 November lalu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Malah, beberapa tas beg tangan dan seutas jam tangan mewah bernilai kira-kira RM200,000 turut disita dari premis pasangan tersebut oleh pegawai SPRM petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya