Visual terakhir Yahya Sinwar kembalikan semangat juang

Visual terakhir Yahya Sinwar kembalikan semangat juang

YAHYA SINWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Visual terakhir Yahya Sinwar yang tular baru-baru ini dilihat menyegarkan kembali semangat juang jutaan manusia seluruh dunia kerana ia ditonton sebagai sumber inspirasi dan motivasi dalam usaha memerdekakan tanah air Palestin.

Penyelidik Aqsa Syarif, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin berkata, sehingga hari ini Yahya Sinwar terus menjadi sebutan ramai dalam seluruh platform media sosial walaupun beliau telah kembali kepada Sang Pencipta.

Jelasnya, rejim Zionis mengalami kerugian besar apabila mereka mendedahkan rakaman dan gambar terakhir Yahya yang tular pada 17 Oktober lalu.

“Mereka tidak sedar bahan-bahan visual tersebut sebenarnya menjadi simbol perjuangan, keberanian dan kegagahan seorang penuntut kemerdekaan.

“Zionis jangka rakaman dan gambar visual berkenaan kesyahidan Yahya akan jadi penghinaan buat beliau dan itulah niat sebenar mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan selepas kematian Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar, persoalan kini timbul mengenai siapakah yang bakal menggantikan posisi pemimpin itu.

Mengulas lanjut, Megat berkata, menerusi sumber radio, Yahya sebenarnya tidak hanya duduk diam dalam rumah tersebut, tetapi beliau melepaskan tembakan terhadap musuh sehingga ada yang cedera parah.

Jelasnya, kereta-kereta kebal musuh pula kemudiannya mara ke rumah itu dan menghalakan meriamnya kepada sasaran.

“Lalu wujudlah visual yang tular iaitu ketua Briged 450 yang memobilisasikan sebuah dron untuk meninjau keadaan dalam rumah yang diduduki Yahya sebelum dilakukan serbuan dalamnya.

“Sekali lagi, tiada sapa jangka rakaman tersebut akan menjadi rakaman terakhir Yahya,” kata­nya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya