Video viral: KPDN serbu pasar raya, restoran nasi kandar

Video viral: KPDN serbu pasar raya, restoran nasi kandar

KPDN Selangor membuat pemeriksaan di premis restoran di Sungai Buloh, Selangor didakwa terdapat pekerja membeli minyak masak bersibsidi paket sehingga tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu sebuah pasar raya dan restoran nasi kandar di Sungai Buloh susulan tular rakaman video tiga pekerja restoran itu membeli sejumlah minyak masak subsidi satu kilogram (kg), baru-baru ini.

Pengarah KPDN Selangor Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan dijalankan dua pasukan terdiri daripada tujuh anggota penguat kuasa berpakaian preman.

“Dalam serbuan di pasar raya, hasil rakaman percakapan pengurus pasar raya dan siasatan awal mendapati wujud rekod pembelian oleh tiga pekerja restoran nasi kandar berkenaan. 

“Pembelian dibuat secara perseorangan dengan masing-masing mengambil dua minyak paket sahaja iaitu masih dalam had pembelian yang dibenarkan.

“Pengurus pasar raya percaya dengan had pembelian tersebut dibeli untuk kegunaan sendiri oleh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan penyimpanan stok barangan kawalan berjadual turut dilakukan dan didapati pasar raya itu memiliki dan menyimpan bekalan stok secara tidak melebihi kuantiti yang dihadkan.

Tambahnya, pengurus pasar raya diberikan peringatan agar mematuhi peruntukan perundangan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam menjalankan urus niaga runcit khususnya membabitkan barangan kawalan berjadual. 

“Serbuan serentak turut dijalankan oleh pasukan kedua di restoran nasi kandar yang kedudukannya dalam jarak berjalan kaki dari pasar raya yang diserbu pasukan pertama.

“Hasil pemeriksaan mendapati pihak premis tidak menggunakan minyak masak paket 1kg. Pemeriksaan lanjut juga menjumpai bekalan minyak masak botol 5kg. sahaja di bahagian penyimpanan stok dan dapur,” katanya.

Selain itu, katanya, pasukan serbuan turut menggeledah bahagian dalam dan luar premis, namun tidak menjumpai sebarang stok minyak masak paket dan juga plastik pembungkus minyak masak. 

“Pemilik restoran disiasat dan rakaman percakapan dibuat serta diarahkan untuk membuat deklarasi penyimpanan stok bagi barangan kawalan berjadual minyak masak dan gula. 

“Hasil pemeriksaan di stor penyimpanan premis dan deklarasi rekod buku stok didapati hanya 10kg minyak masak jenis botol dalam simpanan semasa dan pemilik mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya/

Katanya, pemeriksaan ke atas seorang pekerja restoran yang dirakam dalam video yang tular dikenal pasti sebagai seorang warga Bangladesh dan memiliki pasport yang sah. 

“Berdasarkan keterangan direkodkan, pekerja itu mengakui membeli minyak masak untuk kegunaan sendiri di rumah sewanya. 

“Pemilik restoran diberikan advokasi dan peringatan supaya mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Bekalan, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan Akta Perlindungan Pengguna,” katanya. 

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan tiga lelaki dipercayai warga asing dengan memakai baju pekerja dengan nama sebuah restoran nasi kandar membawa troli bakul berisi beberapa paket minyak masak bersubsidi 1kg.

Untuk rekod, kerajaan tidak menetapkan larangan untuk warga asing membeli minyak masak paket bersubsidi, namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya