Video tular wanita diragut bukan berlaku di Melaka

Video tular wanita diragut bukan berlaku di Melaka

TANGKAP layar video tular kejadian ragut yang didakwa berlaku di Krubong Jaya, Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menafikan video tular membabitkan seorang wanita menaiki motosikal yang diragut dua lelaki berlaku dalam daerah ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian sebenar berlaku di Bandar Baru Klang, Selangor dan kedua-dua suspek terlibat telah ditangkap.

“Polis mengesan satu video berdurasi 26 saat di aplikasi WhatsApp dari pemilik akaun ‘akq shoppe’ yang memaparkan satu kejadian ragut melibatkan seorang wanita menaiki motosikal telah diragut oleh dua lelaki. Dalam paparan tersebut tertera tulisan ‘Krubong Jaya dah bahaya dah sekarang ni…kes rompak sana sini…risau eaaa’.

“Polis menafikan kandungan video itu berlaku dalam daerah Melaka Tengah. Kejadian sebenar berlaku di Bandar Baru Klang dan tangkapan telah dibuat,” katanya.

Tambah Christopher, polis memandang serius penyebaran berita palsu dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam menyebarkan maklumat tidak benar di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya