Video PM sokong Israel telah disunting - Fahmi

Video PM sokong Israel telah disunting – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan mengesahkan rakaman video kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong ‘kewujudan Israel’ telah disunting pihak tertentu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah meneliti keseluruhan rakaman video itu dan ternyata ia telah disunting.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihaknya maklum dengan pihak berkenaan yang sifatnya suka menyunting dan ternyata mereka telah melakukan kesilapan.

“Bagi saya puak-puak yang menyunting ini, apa yang kerajaan buat, mereka tidak akan pernah gembira.

“Namun, apa yang penting ialah kita perjuangkan masa depan lebih baik untuk Palestin,” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya  meneliti dan membuat siasatan terhadap rakaman video Perdana Menteri itu untuk siasatan lanjut.

Fahmi berkata, pihaknya tidak pernah menghalang rakan-rakan media untuk membuat laporan mengenai rakaman video tular itu sebaliknya berhati-hati dalam melayan sebarang spekulasi.

“Rakaman video itu diterjemah seolah-olah ia satu fakta. Justeru, saya telah minta MCMC untuk teliti laporan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, rakaman video tular itu ternyata satu fitnah dan dakwaan cukup jelik yang diambil dari satu wawancara Perdana Menteri dengan hos CNN, Richard Quest, baru-baru ini.

“Hanya satu bahagian dari wawancara ini telah dipotong dan disebar secara luas seolah-olah kerajaan iktiraf  Israel malah, ia telah pun dijawab oleh Timbalan Menteri Luar,” katannya.

Katanya, jika diteliti wawancara itu jelas sekali Malaysia melindungi negara Palestin dan sehingga kini tidak pernah mengiktiraf kerajaan Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN