Vaksin anjing peliharaan di kawasan penampan rabies setiap tahun

Vaksin anjing peliharaan di kawasan penampan rabies setiap tahun

SEREMBAN 9 Nov. - DR. AKMA Ngah Hamid ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Para pemilik anjing di kawasan berisiko rabies atau penyakit anjing gila seperti di kawasan penampan penyakit berkenaan iaitu di sempadan negara Thailand diminta menvaksin haiwan peliharaan mereka itu dengan suntikan anti-rabies setiap tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dr. Akma Ngah Hamid berkata, walaupun di Semenanjung Malaysia dan Sabah tiada kes rabies dalam haiwan dilaporkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini namun ancaman kemasukan rabies ke kawasan berkenaan tetap tinggi.

“Kesedaran perlu diberikan kepada orang ramai bahawa penyakit ini bahaya dan boleh menyebabkan kematian tetapi ia boleh dicegah menerusi suntikan rabies kepada anjing termasuk di negeri bersempadan dengan Thailand kerana negara itu tidak bebas rabies malah baru-baru ini juga berlaku kes di selatan Thailand.

“Saya harap bagi pemilik-pemilik anjing yang berada dalam lingkungan 50 hingga 80 kilometer dari kawasan sempadan seperti di Langkawi, keseluruhan negeri Perlis, sebahagian Kedah, Perak dan Kelantan supaya membuat suntikan vaksin rabies.

“Suntikan anti-rabies setiap tahun ini bukan sahaja demi melindungi haiwan tersebut tetapi juga melindungi manusia daripada penyakit berkenaan selain mengelakkan ia berjangkit kepada anjing-anjing terbiar,” katanya kepada kepada pemberita pada sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Jelas Dr. Akma, pada tahun ini iaitu sehingga Oktober lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memvaksin 6,928 ekor anjing bertuan di kawasan penampan rabies di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 81 kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia telah dicatatkan di Sarawak dengan melibatkan 74 kematian sejak tahun 2017 sehingga bulan Oktober lalu.

Menurutnya, dalam kalangan haiwan pula, sebanyak 1,103 kes rabies telah dikesan bagi tempoh yang sama dengan 88.9 peratus daripadanya adalah anjing dan 10.9 peratus lagi merupakan kucing manakala 0.2 peratus pula adalah kambing.

“Statistik itu menunjukkan bahawa bagi setiap empat ekor anjing atau kucing yang diuji di Sarawak, satu daripadanya adalah positif rabies. Ini menunjukkan bahawa penularan jangkitan rabies adalah serius dalam haiwan peliharaan apabila kawalan tidak dapat dijalankan dengan baik,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya