PETALING JAYA: Universitti Tun Abdul Razak (UTAR) menamakan dewan baharunya sempena mendiang Tan Sri Teh Hong Piow
sebagai penghormatan bagi filantropi dan wawasannya
Mendiang adalah Pengasas Public Bank diberi penghormatan tinggi oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) apabila dewan
kuliah universiti itu dinamakan bersempena nama beliau baru-baru ini.
Majlis pelancaran tersebut yang diadakan di kampus UTAR Kampar, Perak pada 29 Oktober lepas itu dihadiri oleh Teh Li Shian Diona, anak perempuan mendiang bersama Pengarah Urusan
dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek dan Canselor UTAR, Tun Ling Liong Sik.
Penamaan dewan kuliah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha filantropi Teh terhadap universiti berkenaan, terutamanya sumbangan beliau sebanyak RM20 juta kepada UTAR pada awal penubuhannya.
Sumbangan mendiang membolehkan universiti berkenaan merealisasikan wawasannya untuk menyediakan kepada para pelajar pendidikan yang berkualiti dengan bayaran yang berpatutan.
Ini membantu ramai individu mengakses pendidikan dengan lebih mudah, terutamanya mereka yang melihat pendidikan sebagai peluang untuk mencapai impian dan platform untuk mengasah
kemahiran dan pengetahuan mereka demi menyumbang kepada warga dan negara.
Ini juga termasuk sumbangan terbaharu sebanyak RM2 juta bagi pembinaan Hospital UTAR, yang sekali gus mengukuhkan peranan dan komitmen UTAR sebagai hospital pengajar bagi melatih pelajar perubatan yang menjalani latihan selain melahirkan pakar-pakar perubatan yang akan berkhidmat untuk negara.
Sifat kedermawanan mendiang Teh memainkan peranan penting dalam memupuk bakat-bakat muda di universiti itu, membuka jalan untuk melatih para pelajar dalam pelbagai bidang pengajian.
Dewan kuliah dan tabir kemasyhuran itu mencerminkan komitmen UTAR dalam menyokong kepercayaan mendiang Tan Sri Teh, yang diibaratkan seperti sinar harapan yang terus memacu UTAR untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, dan Hospital UTAR untuk berdiri teguh sebagai tunjang sektor perubatan dalam komuniti.
Anak perempuan bongsu mendiang, Diona berkata, “Dengan menamakan dewan kuliah ini sebagai penghormatan kepada beliau, kami akan sentiasa mengingati sumbangan beliau, selain memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menanam cita-cita tinggi. Tan Sri Teh mengekalkan hubungan rapat dengan UTAR dan tidak putus-putus menyokong pembangunan universiti tersebut.
“Sumbangan beliau bukan sekadar dedikasi tetapi usaha sepanjang hayat, impian dan nilai yang beliau pegang teguh.”
“Beliau sering menegaskan tentang pentingnya pendidikan untuk mengubah masyarakat dan merupakan salah satu memori tentang beliau yang paling saya ingati. Beliau berpandangan bahawa pendidikan akan membolehkan seseorang mencorak kehidupannya dan memberi manfaat kepada orang di sekeliling.
Beliau sering berkata, ‘Pengetahuan ialah kunci yang membuka setiap peluang.’ Beliau mengingatkan bahawa walaupun bermula daripada bawah, peluang untuk beliau belajar
merupakan satu-satunya sebab beliau mampu menubuhkan Public Bank.”