USIM terima RM3.9 juta perkasa pendidikan al-Quran OKU

USIM terima RM3.9 juta perkasa pendidikan al-Quran OKU

RIZALMAN Ibrahim (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan dana infak kepada Nik Salida Suhaila Nik Salleh pada Majlis Penghargaan dan Pelancaran Kursi Datuk Haji Rizalman Haji Ibrahim di Bangunan Canselori, USIM, Nilai, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima suntikan dana infak sebanyak RM3.9 juga dari Yayasan Rizalman Ibrahim (RI) melalui Dar Al Qari Resour­ces yang diasaskan oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Dana berkenaan adalah bagi menjayakan Projek Terjemahan IshaRI dalam usaha memperkasakan pendidikan al-Quran bagi orang kurang upaya (OKU) khususnya komuniti OKU pende­ngaran.

Timbalan Naib Canselor (Aka­demik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh berkata, projek berkenaan sudah tentu secara tidak langsung membantu ahli penyelidik Ummi USIM untuk melengkapkan terjemahan versi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang sebelum ini hanya ber­upaya menyiapkan terjemahan Juz Amma dan beberapa surah pilihan versi BIM.

Beliau menambah, menerusi suntikan dana bagi projek yang akan berjalan selama enam tahun sehingga bulan Oktober 2030 itu, USIM juga berbesar hati menubuhkan Kursi Datuk Haji Rizalman Haji Ibrahim

Jelasnya, Kursi kecemerla­ngan itu adalah bagi memperkasakan pendidikan al-Quran ba­gi komuniti OKU Pendengaran selain turut menyasarkan ak­tiviti syarahan umum dan pemba­ngunan aplikasi dan portal Quran IshaRI lengkap 30 Juz (Tilawah dan Terjemahan).

“Penubuhan Kursi ini merupakan inisiatif USIM dalam rang­ka usaha menghayati pembe­lajaran al-Quran yang inklusif kepada komuniti OKU pende­ngaran yang selama ini seakan tercicir dalam mempelajari al-Quran yang meraikan potensi mereka iaitu, tilawah secara visual dibantu oleh isyarat Kod Tangan Quran dan terjemahan dibantu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

“Kursi Kecemerlangan ini akan merangkumi pelbagai skop kerjasama antaranya syarahan umum dan pembangunan terjemahan Quran IshaRI. Selain itu, pihak Yayasan RI melalui Dar Al Qari Resources (DAQR) turut berhasrat untuk mendapatkan khidmat Ummi untuk projek MusafiRI iaitu program umrah bersama OKU dan projek sokongan khidmat al-Quran bagi OKU,” katanya semalam.

Ujarnya lagi, menerusi penubuhan Kursi Kecemerlangan ini, USIM akan terus komited da­lam usaha-usaha dakwah OKU khususnya agenda memperkasa komuniti OKU melalui pendidikan al-Quran dan agen­da memperkasa peranan masyarakat yang peka OKU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya