Usahawan Jualan Madani raih untung lumayan

Usahawan Jualan Madani raih untung lumayan

AMIRUL Syazwan bersama produk yang dijual dalam Jualan Madani sempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun baru sehari, rata-rata peniaga yang menyertai Jualan Madani sempena Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024, berjaya meraih untung lumayan

Eksekutif Pemasaran Zumart Trading, Amirul Syazwan Sakimat berkata, keuntungan diperoleh beliau melebihi jangkaan apabila berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak 30 peratus

Malah katanya, sebanyak 70 peratus produk berasaskan kerepek yang dibawa dari Sepang itu sudah berjaya dijual.

“30 peratus untung daripada penolakan modal sudah pun dalam genggaman. Saya bersyukur kerana program sebegini membantu perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berkembang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Penganjuran Program 2TM memberi peluang orang ramai membeli produk IKS serta barangan keperluan dengan tawaran harga rendah menerusi Jualan Madani yang disertai 80 usahawan.

Dalam pada itu, pemilik Alena Gloval Resources & Trading, Nur Melyssa Aniq Muhtar berkata, sebanyak 60 peratus barangan sudah terjual dalam tempoh enam jam.

“Saya bersama rakan niaga, Nurliyana Bukhari menyasarkan komuniti korporat di sini untuk memandang usahawan kecil seperti kami.

“Mereka yakin jualannya akan terus meningkat pada hari kedua dan ketiga program tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya