UPSI rangkul Anugerah Public Higher Education Institution

UPSI rangkul Anugerah Public Higher Education Institution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merangkul anugerah “Public Higher Education Institution” sempena The 7th Graduates’ Choice Award (GCA), anjuran Talentbank yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kejayaan membanggakan itu membuktikan UPSI mempunyai ramai siswazah berbakat, cemerlang serta mempunyai inovasi yang luar biasa.

Katanya, GCA merupakan penghormatan kepada majikan siswazah terkemuka di Asia-Pasifik, serta memberi pengiktirafan kepada industri yang terus menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam mengekalkan bakat terbaik dari institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.

“GCA diharapkan menjadi panduan dan rujukan berharga bagi semua pelajar universiti, kerana ia menyenaraikan industri serta majikan yang menjadi tumpuan para graduan. Senarai ini dibentuk berdasarkan undian yang dijalankan sepenuhnya oleh para pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi.

“Majlis ini bertujuan untuk meraikan pemenang-pemenang anugerah dalam pelbagai kategori, dan memberi pengiktirafan kepada industri-industri serta institusi pengajian tinggi yang telah berjaya mencapai keunggulan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, UPSI terpilih sebagai pemenang dalam kategori ‘Public Higher Education Institution’, dan ia merupakan satu pengiktirafan tinggi atas kejayaan universiti ini melahirkan graduan-graduan yang menjadi rebutan industri besar dan terkemuka di Malaysia.

“Saya berharap penerimaan anugerah ini akan mendorong UPSI untuk terus melahirkan graduan berkebolehan tinggi yang menguasai pelbagai kemahiran , sekaligus menjadikan mereka graduan yang menjadi tumpuan industri, baik di dalam mahupun luar negara,” katanya.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Prof. Madya Dr. Sharul Effendy Janudin berkata, pengiktirafan ini membuktikan bahawa program khusus ‘Starting – Polishing – Finishing (SPF) School’ yang diatur oleh UPSI berjaya membantu pelajar menjadi lebih relevan di pasaran kerja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya