UniSZA diminta kembalikan konsep khalifah 

UniSZA diminta kembalikan konsep khalifah 

SULTANAH Nur Zahirah menyampaikan titah pada upacara Pembukaan Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Ke-16 UniSZA di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berharap Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dapat mengembalikan kepercayaan terhadap konsep khalifah yang hakiki melalui moto universiti tersebut iaitu ‘Ilmu Demi Faedah Insan’.

Baginda yang juga Canselor UniSZA bertitah, ketika ini, dunia berdepan dengan pelbagai krisis dalam politik, diplomasi, nilai dan peradaban yang berpunca kerana tidak memahami konsep khalifah yang diamanahkan oleh Allah SWT.

“Graduan yang berwibawa akan berjaya mewujudkan kesejahteraan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama.

“Beta meyakini bahawa graduan yang bermutu tinggi perlu diukur dengan nilai, adab dan ilmu yang dipelajari.

“Justeru, penekanan nilai adab dan akhlak di universiti ini perlu diperkasakan dari semasa ke semasa. Ia akan membawa kepada keberkatan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara,” titah baginda pada upacara Pembukaan Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Ke-16 UniSZA di sini, hari ini.

Seramai 2,818 graduan akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma dalam konvokesyen yang berlangsung selama empat hari hingga Rabu ini.

Dalam pada itu, Sultanah Nur Zahirah turut mengucapkan tahniah kepada UniSZA kerana berjaya memperoleh penarafan di kedudukan 1,001 hingga 1,200 dalam Times Higher Education World University Ranking. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya