Undang-undang berkaitan maritim sudah lapuk, perlu dipinda

Undang-undang berkaitan maritim sudah lapuk, perlu dipinda

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mahu lebih banyak Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan sektor maritim dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan ia terus relevan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau difahamkan, ada undang-undang maritim yang diguna pakai ketika ini sudah ketinggalan zaman, malah telah diwarisi dari zaman penjajahan British.

“Kita adalah sebuah negara perdagangan yang mana ada barangan dagangan dibawa melalui jalan laut kerana negara kita ada banyak pelabuhan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Bengkel Ekonomi Maritim anjuran Institut Maritim Malaysia (MIMA) di sini hari ini.

Katanya, sekitar 90 hingga 95 peratus daripada nilai dagangan negara diangkut melalui sektor laut menerusi pelabuhan-pelabuhan utama di negara ini.

Justeru, Loke berkata, Malaysia perlu mengoptimunkan kepentingan maritim ini termasuk menjana lebih banyak potensi ekonomi terutama dalam sektor ekonomi maritim.

“Kita juga lihat Kerajaan Negeri Sabah sudah mengambil langkah untuk membangunkan ekonomi maritim mereka sendiri.

“Selain perdagangan dan pelabuhan, kita juga boleh bangunkan sektor pelancongan, sektor perikanan dan sebagainya termasuk sektor sumber tenaga,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan pada Mei 2016 telah meluluskan pindaan RUU Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 bagi menyeragamkan perundangan maritim negara agar selaras dengan komuniti maritim antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya