UMNO Sabah nafi jadi dalang dedah skandal rasuah ADUN

UMNO Sabah nafi jadi dalang dedah skandal rasuah ADUN

AWANG ASLEE LAKAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menepis dakwaan menjadi dalang kepada pendedahan skandal rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, tindakan sesetengah pihak mengaitkan penglibatan UMNO dalam pendedahan skandal rasuah itu adalah tidak wajar.

Beliau, yang juga bekas Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah berkata, jika ada ahli-ahli UMNO yang berkongsi mengenai pendedahan skandal rasuah yang dilaporkan oleh sebuah portal berita itu, ia sekadar perkongsian biasa dan tidak menyentuh mana-mana pihak.

“Justeru, kenapa ada pihak mengaitkan UMNO sebagai dalang kepada isu rasuah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awang Aslee berkata, jika benar berlaku rasuah seperti yang dilihat melalui rakaman video yang didedahkan maka, serahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan menyeluruh.

“Jika benar ia melibatkan pemimpin di negeri ini dan ada laporan dibuat, saya percaya pihak berkuasa akan menyiasat serta mengherat mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Jadi, kita berharap pihak berkuasa mengambil tindakan dan memandang serius isu ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendedahkan tentang rakaman audio mengaitkan beberapa ADUN yang didakwa terlibat dalam rasuah bernilai ratusan ribu ringgit sebagai balasan untuk mendapatkan projek. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya