UiTM, AADK perkasakan kesedaran antidadah

UiTM, AADK perkasakan kesedaran antidadah

RUSLIN Jusoh (dua, kiri) bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Sazili Shahibi (tiga, kiri) ketika Pelancaran Kempen SKUAD Antidadah UiTM yang diadakan di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Universiti Teknologi MARA (UiTM) meneruskan komitmennya dalam memperkukuhkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah melalui inisiatif Skuad Antidadah.

Program tersebut adalah hasil kerjasama strategik antara UiTM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi berkata, program ini memberi peluang kepada mahasiswa UiTM untuk menjadi agen perubahan dalam komuniti mereka.

Katanya, ia bertujuan memperluaskan program pencegahan dadah di kalangan mahasiswa dan membudayakan universiti bebas dadah di 34 kampus UiTM seluruh negara.

“Dengan menyertai Skuad Antidadah, mahasiswa tidak hanya menjadi penyampai maklumat dan sokongan, tetapi juga menjadi contoh dalam mempromosikan kehidupan yang sihat dan bebas dadah. Kami berhasrat menjadikan UiTM sebagai universiti bebas dadah dan menjadi sumber inspirasi bagi institusi pengajian tinggi lain di Malaysia.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencegahan dadah, tetapi juga sebahagian daripada usaha besar UiTM untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa yang dapat memberi fokus sepenuhnya kepada akademik dan mencapai kejayaan cemerlang sebagai graduan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Mohd Sazili berkata, isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar universiti awam semakin membimbangkan dan skuad antidadah merupakan salah satu pendekatan efektif menangani masalah ini.

“Kami amat komited untuk menyediakan platform menyokong gaya hidup bebas dadah yang memberikan impak positif kepada kesejahteraan mahasiswa.

“Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat meningkatkan penyertaan aktif mahasiswa sebagai sukarelawan antidadah, yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej kesedaran dan pencegahan penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan dengan itu, penyertaan mahasiswa dalam Skuad Antidadah diharapkan dapat mengurangkan kes penyalahgunaan dadah, sekali gus mempercepatkan usaha menjadikan UiTM sebagai kampus yang lebih selamat, sihat, dan bebas dadah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya