TVET pemangkin kerjaya masa hadapan

TVET pemangkin kerjaya masa hadapan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak seharusnya dijadikan laluan alternatif tetapi sebagai pemangkin kerjaya di masa hadapan yang relevan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi serta industri negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihat komitmen yang tinggi dalam memperkasa bakat tempatan melalui peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.5 bilion dalam Belanjawan 2025, baru-baru ini.

Katanya, peningkatan itu memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu meningkatkan kerjasama dengan industri, memperluas peluang latihan kepada belia rentan termasuk dari golongan miskin bandar dan luar bandar serta membawa khidmat TVET untuk manfaat masyarakat secara keseluruhan.

“Melalui TVET, kita ingin membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri. Ini selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 yang menekankan pendidikan dan latihan teknikal yang responsif, fleksibel dan inklusif bagi mencapai hasrat Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan modal insan yang berkemahiran.

“Dalam kesempatan yang ada, saya juga telah menyeru penglibatan pemimpin-pemimpin generasi baharu untuk sama-sama menjayakan agenda ini. Peranan mereka adalah sangat penting dalam menyampaikan maklumat mengenai peluang dan akses TVET kepada masyarakat di akar umbi dan memastikan bahawa agenda ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Semoga usaha ini menjadi jasa dan sumbangan yang bernilai demi kejayaan anak bangsa dan masa depan negara. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau mendengar dan meneliti sesi pembentangan Pelan Strategik Penyelaras TVET Parlimen yang bertujuan memperkukuh dan memantapkan sektor itu sebagai pilihan utama golongan muda negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya