Tutup restoran ketika solat Jumaat - Exco

Tutup restoran ketika solat Jumaat – Exco

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pemilik, pekerja dan pelanggan lelaki Muslim diwajibkan meninggalkan sementara urusan perniagaan termasuk operasi restoran ketika waktu solat Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan setiap lelaki Muslim menunaikan tanggungjawab solat Jumaat.

Katanya, kelonggaran diberi kepada individu bukan Muslim atau wanita Muslim untuk meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa.

“Orang yang kena tinggalkan urusan jual beli adalah lelaki Muslim, maka orang ini jangan berniaga, jangan bekerja dan jangan masih makan ketika waktu solat.

“Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan melakukan penguatkuasaan bagi memastikan semua lelaki Muslim di Johor menunaikan solat Jumaat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mengulas tentang pertukaran cuti hujung minggu Johor ke Sabtu dan Ahad, beliau sedia menerima pandangan golongan ibu bapa yang cakna terhadap pakaian pada sesi sekolah agama pada hari Jumaat.

“Mungkin ada pihak berpendapat susah untuk menukar uniform sekolah agama pada hari Jumaat dan mahu mengenakan pakaian sama seperti sekolah kebangsaan.

“Bagi saya itu tidak menjadi sebarang masalah dan kita sedia terima sebarang cadangan, apa yang lebih penting adalah mereka hadir ke sekolah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya