Tujuh pekerja ladang kelapa sawit terperangkap banjir - Utusan Malaysia

Tujuh pekerja ladang kelapa sawit terperangkap banjir

SALAH seorang pekerja ladang yang diperangkap banjir di sebuah ladang kelapa sawit diselamatkan anggota bomba di Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tujuh pekerja ladang kelapa sawit termasuk seorang wanita cemas selepas terperangkap dalam banjir hampir tiga jam Kampung Batu Putih, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.23 petang sebelum 12 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, mangsa yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita termasuk dua warga Bangladesh masuk ke ladang itu untuk bekerja sejak awal pagi.

“Bagaimanapun, ketika mahu pulang dan keluar dari ladang sawit itu, air sungai mulai melimpah di laluan keluar ladang itu hingga satu meter menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khairulhasni berkata, pihaknya terpaksa merentang tali yang panjang untuk membawa kesemua mangsa yang terperangkap keluar dengan selamat.

“Ketika kejadian, arus agak laju yang menyukarkan sedikit kerja-kerja menyelamat. Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya