Treler ATM bawa perisai terbabas

Treler ATM bawa perisai terbabas

Keadaan treler ATM yang terbabas ketika mengangkut dua buah perisai di Kilometer (KM) 35.2 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dari arah Genting Sempah ke Gombak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah treler dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa muatan kenderaan perisai terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 35.2 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dari arah Genting Sempah ke Gombak.

Kemalangan dilaporkan berlaku pada pukul 4.48 petang tadi dan telah menyebabkan kesesakan aliran trafik di laluan terbabit apabila sebahagian treler memasuki laluan bertentangan menyebabkan lorong kanan menghala ke timur terhalang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun X memaklumkan setakat pukul 6.10 petang tadi, lorong kanan arah barat dan lorong kanan arah timur masih terhalang.

“Trafik sesak tetapi terkawal. Berhati-hati.” kata kenyataan LLM itu.

Sementara itu, tular beberapa gambar serta rakaman video berkaitan kemalangan itu di media sosial.

Sementara itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kemalangan itu daripada pihak polis serta Kementerian Pertahanan (MINDEF). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya