PETALING JAYA: Penerima Hadiah Kajai pertama, Datuk Rosnah Majid meninggal dunia di Pulau Pinang, semalam selepas terjatuh di dalam bilik air. Berita pemergian beliau dimaklumkan oleh kakak Allahyarham, Meriyam Majid yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara. Jenazah Rosnah difahamkan dibawa ke rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian. Allahyarham dilahirkan di Kampung Sungai Pial, Merbok, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir dan Sekolah Menengah Merbok, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, (sekarang Sekolah Menengah Puteri) Kuala Lumpur. Beliau seterusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya