TNVR lebih efektif kawal anjing liar

TNVR lebih efektif kawal anjing liar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaedah Trap-Neuter-Vaccinate-Release (TNVR) adalah lebih efektif untuk mengawal populasi anjing liar dengan cara berperikemanusiaan dan terkawal. 

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) berkata, kaedah tangkap dan lupus sebelum ini tidak memberikan penyelesaian kepada masalah berkenaan. 

Katanya, proses itu hanya akan menimbulkan fenomena “vacuum effect” yang memburukkan lagi masalah populasi anjing liar. 

“Setelah anjing ditangkap di sesuatu kawasan, “vacuum effect” ini akan berlaku di mana anjing terbiar dari kawasan berdekatan akan memasuki kawasan baru yang kosong. 

“Justeru itu, SAFM meminta agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan operasi penangkapan ini buat sementara waktu dan membuka ruang untuk Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), feeders, dan penyelamat haiwan bagi mencari penyelesaian jangka panjang yang berperikemanusiaan,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut SAFM, anjing liar yang telah dimandulkan dan divaksinasi turut menjadi sasaran operasi penangkapan DBKL baru-baru ini. 

“Tindakan itu telah menjejaskan usaha NGO dan pencinta haiwan yang telah melaburkan sumber kewangan, masa, dan tenaga bagi mengawal populasi anjing liar secara berkesan,” katanya. 

Mengulas lanjut, SAFM turut mencadangkan agar DBKL menubuhkan Laman Anjing sebagai platform untuk pemandulan dan perlindungan. 

Jelasnya, Laman Anjing ini adalah sebagai langkah tambahan untuk memastikan kadar populasi anjing terbiar ini dikawal dengan rapi. 

“Kami dan NGO lain memahami kebimbangan DBKL atas isu ini, jadi dengan penubuhan Laman Anjing ini, haiwan itu boleh hidup bebas tanpa menimbulkan gangguan, dan usaha pemandulan boleh dilakukan dengan lebih terurus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya