TNB putus bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir - Utusan Malaysia

TNB putus bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir

SEBAHAGIAN penduduk yang berpindah selepas rumah mereka terjejas banjir di Perumahan Rumah Mampu Milik Telok Kalong, Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik di kawasan Perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong, dekat sini, bermula petang tadi demi keselamatan penduduk yang terjejas banjir.

Sumber TNB berkata, dua pencawang elektrik (PE) di kawasan itu ditutup sementara susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan kawasan terlibat dinaiki air.

“TNB ingin memaklumkan bekalan elektrik di dua PE telah ditutup sementara bagi memastikan keselamatan penduduk susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan kawasan ini digenangi air.

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi penduduk dan ingin menegaskan bahawa keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya di sini, malam ini.

Daerah Kemaman menjadi daerah pertama yang dilanda banjir gelombang pertama pada musim Monsun Timur Laut di negeri ini.

Setakat ini, kira-kira 5,000 penduduk di daerah ini terjejas akibat banjir.

Selain kawasan Teluk Kalong, Kampung Labohan di Kerteh dan Kampung Meraga Beris di Kijal turut dilaporkan terjejas banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya