Tipu pelaburan TikTok meningkat 90.7 peratus, rugi RM6.39 juta

Tipu pelaburan TikTok meningkat 90.7 peratus, rugi RM6.39 juta

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes penipuan pelaburan melalui aplikasi TikTok meningkat 90.7 peratus sejak 2021 hingga Oktober lalu melibatkan kerugian RM6.39 juta. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kes melonjak daripada 13 pada 2021 kepada 131 tahun ini. 

Menurutnya, nilai kerugian turut meningkat mendadak, iaitu daripada RM410,000 pada 2021 kepada RM7.25 juta (2023). 

“Kajian mendapati golongan berusia 31 hingga 40 tahun menjadi mangsa utama dengan 23 peratus, diikuti mereka berusia 21 hingga 30 tahun (21.4 peratus). 

“Dari segi pekerjaan, pekerja swasta mencatat peratusan tertinggi sebagai mangsa, iaitu 54.2 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini.

Jelas beliau, penipuan pelaburan yang diiklankan melalui media sosial terus meningkat walaupun pelbagai amaran dan peringatan diberikan. 

Katanya, setakat Januari lalu, sebanyak 28.68 juta rakyat Malaysia menggunakan media sosial, iaitu bersamaan 83.1 peratus daripada populasi negara.

“Ini menjadikan platform tersebut sebagai sasaran utama sindiket penipuan termasuk pelaburan.

“Media sosial memberi kelebihan kepada penjenayah untuk menyembunyikan identiti mereka sambil memperdaya mangsa,” katanya.  

Ramli berkata, kecanggihan teknologi termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa.  

“Kami (polis) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang iklan pelaburan melalui media sosial tanpa pengesahan sahih.

“Berhati-hati dengan tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya