Tinggal 221 mangsa banjir di enam PPS - Utusan Malaysia

Tinggal 221 mangsa banjir di enam PPS

SEKUMPULAN kanak-kanak mengambil kesempatan bermain banjir di Kampung Rawai, Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang pertama yang sudah memasuki hari keenam di Terengganu semakin pulih dengan hanya 221 mangsa daripada 43 keluarga masih terjejas setakat pukul 8 pagi ini.

Ketika ini, hanya dua daerah terlibat banjir iaitu Marang dan Dungun manakala banjir di tiga daerah lagi sudah surut sepenuhnya lewat petang semalam iaitu Hulu Terengganu, Kemaman dan Besut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, ketika ini hanya enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah iaitu empat di Marang dan dua di Dungun.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir di Marang tidak banyak berubah iaitu 191 mangsa daripada 36 keluarga.

“Kesemua mereka berada di empat PPS yang masih dibuka pagi ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Sivik Merchang dan SK Pengkalan Berangan.

“Di Dungun, mangsa banjir berbaki 37 orang daripada tujuh keluarga dan dua PPS yang dibuka setakat ini ialah di Balai Raya Alor Mak Bah dan SK Tok Kah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Cuaca diramal hanya hujan renyai dan mendung di kebanyakan tempat di Terengganu pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal
https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang telah melepas paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Namun, dua sungai di daerah Setiu masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus dan Sungai Chalok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya