Tiga termasuk pemborong ditahan, 15 tan minyak masak paket dirampas

Tiga termasuk pemborong ditahan, 15 tan minyak masak paket dirampas

JEGAN (kiri) ketika turut-serta dalam serbuan di sebuah premis borong yang menyimpan minyak masak bersubsidi 1 kg di Taman Impian Ria, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang pemborong berusia 47 tahun ditahan bersama dua pekerja Bangladesh ketika sedang memunggah minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg) dari sebuah lori dalam satu serbuan di Taman Impian Ria, Alma, hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebanyak 15,310 kg minyak masak paket yang dianggarkan bernilai RM58,275.

Jegan berkata, terdahulu, satu risikan telah dijalankan selama hampir sebulan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut daripada orang awam.

“Berdasarkan pemeriksaan awam, pemilik premis (pemborong yang ditahan) sebenarnya mempunyai lesen sah CSA (Lesen Barang Kawalan Berjadual) Borong untuk menyimpan minyak masak, tepung gandum dan gula; masing-masing sebanyak 5,000 kg (maksimum).

“Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati, terdapat lebihan 7,710 kg minyak masak disimpan di stor (premis) bersebelahan yang tidak dilesenkan iaitu melebihi had yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita ketika turut-serta dalam serbuan itu, di sini.

Ujar beliau, jumlah rampasan minyak masak bersubsidi itu adalah yang terbesar di Pulau Pinang setakat ini.

Kata Jegan, semakan yang dibuat terhadap buku log pemborong di premis itu juga mendapati, jumlah kuantiti minyak masak paket telah dimanipulasi dengan jumlah sebenar yang terdapat dalam stor berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa bekalan minyak masak itu mungkin diagihkan kepada restoran, peruncit atau pihak yang tidak sepatutnya termasuk warga asing. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan buat masa ini.

“Untuk pengetahuan, kita juga telah mengenal pasti pengilang yang membekalkan minyak masak kepada pemborong ini dan pengilang terbabit akan dipanggil untuk bantu siasatan,” katanya yang memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya