Tiga sekolah dijadikan PPS dibuka seperti biasa - Utusan Malaysia

Tiga sekolah dijadikan PPS dibuka seperti biasa

AHLI Dewan Undangan Negeri Alur Limbat, Ariffin Deraman (kiri) melawat mangsa banjir di PPS SK Rawai, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di tiga buah sekolah di negeri ini yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir tidak terjejas dengan pelajar mengikuti pembelajaran seperti biasa hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, dua daripada sekolah tersebut terletak di daerah Marang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai dan SK Pengkalan Berangan.

Menurut beliau, di Dungun pula, satu sekolah terlibat ialah SK Tok Kah.

“Jumlah mangsa banjir di tiga sekolah itu  tidak ramai dan tidak menggunakan kelas yang terlibat dengan sesi pembelajaran jadi sesi persekolahan diteruskan  seperti biasa hari ini,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Di SK Pengkalan Berangan, seramai 81 mangsa berlindung di situ manakala di SK Simpang Rawai pula menempatkan 74 mangsa dan di SK Tok Kah pula, hanya 21 mangsa berada di sekolah tersebut.

Ketika ini, terdapat 214 mangsa di enam PPS di dua daerah di Terengganu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengurusan sekolah boleh memohon cuti bencana jika kebanyakan daripada kelas digunakan untuk dijadikan PPS.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya