Tiga mati lemas ketika aktiviti berakit di Gopeng - Utusan Malaysia

Tiga mati lemas ketika aktiviti berakit di Gopeng

ANGGOTA bomba dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan bantuan CPR kepada mangsa lemas di Sungai Kampar, Gopeng hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Tiga individu yang mengikuti aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Kampar di sini ditemukan mati lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiga mangsa yang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita dewasa itu mengikuti program team building yang dianjurkan sebuah agensi kerajaan.

“Ketiga-tiga mangsa terlibat dalam aktiviti berakit meredah jeram itu sejauh enam kilometer  menyusuri sungai sebelum dihanyutkan arus deras selepas empat km.

“Semua mangsa berjaya ditemui dan dinaikkan ke kawasan yang sepatutnya aktiviti itu berakhir,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan hujan lebat dan arus deras semasa kejadian itu berlaku.

Katanya lagi, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya