HULU TERENGGANU: Seramai tiga mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, di sini, petang ini.
Pasukan bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.59 petang sebelum aggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan Wakaf Tapai bergegas ke lokasi.
Mangsa tersebut dipercayai tiga beranak.
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 5.17 petang.
Ketika ini, usaha mencari dua lagi mangsa giat dijalankan. – UTUSAN