Tiga beranak maut, tiga cedera nahas Axia bertembung Hilux - Utusan Malaysia

Tiga beranak maut, tiga cedera nahas Axia bertembung Hilux

KEADAAN kereta Axia yang bertembung dengan Hilux di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Tiga beranak maut dan tiga cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Kampung Sungai Lerek, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi, pemandu kereta jenis Perodua Axia, Nur Ardiena Kamarudin, 30, dan ibunya, Maimunah Mat Isa, 54, maut di lokasi manakala bapanya, Kamarudin Ibrahim, 55, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.

Menurutnya, salah seorang mangsa yang cedera penumpang Axia iaitu adik kepada Nur Azwa, Shamimi, 21.

Katanya, dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu Toyota Hilux, Muhammad Maani Salleh, 24, serta penumpangnya, Muhammad Adhan Syahmie Mohd. Sukri, 18.

“Empat beranak yang menaiki kereta Axia berasal dari Jalan Telipot Kota Bharu, Kelantan, manakala pemandu serta penumpang Hilux pula dari Marang, Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Zain memberitahu, kemalangan itu berlaku ketika kereta Axia yang dipandu Nur Ardiena dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, Kelantan manakallut Hilux pula dari Tunjong, Kota Bharu menghala ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Hilux terbabit hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian, sebelum memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Axia dinaiki empat beranak itu,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, tiga lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, jelasnya, tiga mayat sekeluarga tersebut dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya