Tidak perlu orang luar ajar apa kita patut buat-GRS

Tidak perlu orang luar ajar apa kita patut buat-GRS

HAJIJI Noor semasa menghadiri Program Bicara Rakyat sempena Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat di SICC Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Tidak perlu orang luar atau parti lain menentukan apa yang patut kita buat. Kita sebagai kerajaan yang menentukan hala tuju dan dengan siapa kita kerjasama,”.

Demikian kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor semasa Program Bicara Rakyat sempena Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, kerajaan negeri mempunyai formula tersendiri dalam menentukan kerjasama yang akan dibentuk menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

“Saya ingat kerjasama yang terjalin antara Gagasan Rakyat di dalam GRS dan Pakatan Harapan (PH) sekarang sudah cukup baik..cukup mesra kerana kita berada dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan PH Sabah yang memutuskan untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN17.

Malah, BN-PH turut terbuka menjalin hubungan dengan parti-parti lain sebagai persediaan memasuki PRN Sabah yang akan datang.

Dalam pada itu, menyentuh tentang Belanjawan Negeri yang akan dibentangkan pada minggu depan, Hajiji berkata, ia adalah bajet rakyat yang akan meliputi semua lapisan masyarkarakat termasuk anak-anak yang berada din institusi pendidikan.

“Kalau kita memikirkan untuk membesarkan ekonomi kita, jangan lupa orang di bawah. Ramai orang susah yang memerlukan dan mereka ini perlu pembelaan,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM40,000 bagi memberi bantuan one-off RM200 kepada pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam.

Di samping itu, kerajaan negeri turut memberi subsidi tiket kapal terbang berjumlah RM600 bagi pelajar Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat yang akan disempurnakan oleh Hajiji esok dijangka akan dihadiri kira-kira 6,000 perwakilan serta pemerhati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya