Tidak hanya berubah imej, kami lebih banyak ibadah -Shukri Yahaya - Utusan Malaysia

Tidak hanya berubah imej, kami lebih banyak ibadah -Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penampilan imej berniqab isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya tidak hanya memberi perubahan luaran, malah turut mempengaruhi suasana rumah tangga pasangan itu.

Menurut Shukri atau Shukri atau Mond Shukri Yahaya, 36, isterinya rajin mengajaknya melakukan ibadah bersama-sama termasuklah membaca al-Quran.

“Sebenarnya tiada beza, cuma amalan itu bertambah.

“MasyaAllah, dia wujudkan suasana seperti mengaji berdua. Benda itu berlaku secara automatik.

“Kadang kalau dia tidak suruh pun saya sendiri yang akan macam ajak,” katanya.

Shukri berkata demikian ketika menceritakan kesan baik terhadap perubahan imej isterinya, Tya atau Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 32, yang kini sudah mengenakan niqab sejak pulang menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, Pelakon Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular ke–32 turut memuji isterinya yang secara tidak langsung menjadikannya individu yang lebih baik.

“Saya puji isteri saya kerana memberikan saya satu aura yang sangat positif.

“Dia buat saya jadi lebih bagus, tidak kira apa yang saya buat dan tidak buat di belakangnya,” katanya ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu, isteri kepada pelakon itu mencuri perhatian apabila tampil mengenakan niqab sejak Februari lalu.

Untuk rekod Shukri dan Tya berkahwin pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua orang anak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya