Tidak boleh lagi hidup bersama punca Diana Danielle mohon cerai- Peguam

Tidak boleh lagi hidup bersama punca Diana Danielle mohon cerai- Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada persefahaman hingga tidak boleh lagi hidup bersama menjadi punca pelakon, Diana Danielle, memfailkan perceraian.

Perkara tersebut dikongsikan peguam, Datuk Akbardin Abdul Kader selepas memfailkan permohonan rujuk yang belum didaftarkan dan perceraian kali kedua di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan, hari ini.

“Sebutan pertama akan berlaku pada 20 November ini. Kita akan serahkan permohonan kepada defenden iaitu Farid Kamil dan dia perlu hadir ke mahkamah.

“Sebab perceraian di bawah seksyen 47 mereka tidak boleh lagi hidup bersama dan tiada persefahaman. Berlaku shiqaq iaitu pergaduhan yang tidak boleh dibaiki.

“Dengan semua alasan itu, Diana memohon perceraian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Akbardin menjelaskan sekiranya pihak Farid Kamil enggan memberi kerjasama untuk perceraian bersama (mutual divorce) maka proses akan berlangsung lebih panjang.

“Untuk proses rujuk, Farid tiada pilihan untuk menafikan dan kena setuju.

“Manakala jika tiada persetujuan perceraian bersama, maka kita akan pergi ke proses berikutnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP), hakam dan mahkamah akan tentukan jika berlaku shiqaq.

“Perkara itu panel akan putuskan. Kalau tengok di media sosial Farid belum bersedia melepaskan. Kita tunggu apa katanya di mahkamah nanti,” tambahnya.

Terdahulu, aktres, Diana Danielle
dilihat tenang hadir ke Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan cerai terhadap suami, Farid Kamil pada Isnin.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, tiba dalam pakaian serba hitam pada pukul 9 pagi bersama peguam Datuk Akbardin Abdul Kader.

Sebelum ini, pada 28 Oktober, Diana mengumumkan bakal memfailkan cerai terhadap Farid menerusi sebuah kenyataan di Instagram.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu selain menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi Whatsapp bagi menghormati proses perceraian.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk
selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN