Tidak boleh ketepikan pendidikan, latihan sumber manusia - PM

Tidak boleh ketepikan pendidikan, latihan sumber manusia – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam sesi bertajuk Peluang dan Cabaran dalam Revolusi AI' di Peru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendidikan dan latihan sumber manusia tidak boleh diketepikan meskipun kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan kejayaan negara pada masa depan. 

“Sebagai konklusi, saya menegaskan walaupun akan ada gangguan dengan AI, namun kita mesti memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan dan latihan bagi mewujudkan syarat yang tepat untuk kejayaan di masa depan,” katanya dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam sesi bertajuk Peluang dan Cabaran dalam Revolusi AI’ di Peru.

Dalam sesi dialog bersama pemain utama dalam industri teknologi dan digital, beliau  mengupas pandangan serta berkongsi dasar negara terkait peluang dan cabaran dalam revolusi AI.

Menurutnya, Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan AI bagi mencapai pertumbuhan inklusif, menangani jurang digital, dan isu etika. 

Jelas beliaui, kerajaan juga sedang mewujudkan kerangka yang memberi tumpuan kepada inovasi dan keterangkuman terkait AI.

“Saya turut menekankan keperluan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran profesional muda dalam bidang AI bagi menangani keperluan industri serta mempercepatkan kemajuan dan pendigitalan.

“Terdapat juga keperluan pendekatan pelbagai aspek dalam penerapan AI, termasuk pelaburan dalam tenaga hijau, pemuliharaan air, dan reformasi peraturan birokrasi agar lebih responsif kepada pelabur.

“Adalah penting untuk kita bekerjasama menerusi ASEAN, seperti inisiatif hijau ASEAN dan agenda digital bersama, untuk melengkapkan kekuatan setiap negara dan menangani cabaran bersama,” katanya.

Anwar menjelaskan, Malaysia komited memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025, justeru, beliau menyeru kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri, dan komuniti untuk membuka peluang dalam ruang digital serta memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam era kemajuan digital yang pesat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya