Tiada teh tarik, sirap untuk pengunjung Hari Deepavali Perak - Utusan Malaysia

Tiada teh tarik, sirap untuk pengunjung Hari Deepavali Perak

A. SIVANESAN (kiri) pada sidang akhbar mengenai sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada teh tarik dan minuman kordial seperti sirap akan dihidangkan kepada pengunjung pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia pada 23 November ini sebagai antara usaha kerajaan mengurangkan pengambilan gula dalam masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, makanan berminyak juga tidak dibenarkan untuk dihidangkan pada sambutan itu nanti.

“Minuman manis seperti sirap tidak dibenarkan kerana kandungannya adalah pewarna, air dan kandungan gula yang tidak baik untuk kesihatan.

“Penguatkuasaan penuh melarang minuman teh tarik dan kordial seperti sirap akan berkuatkuasa bermula 29 November ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Katanya, kafeteria DUN Perak juga tidak akan menyediakan teh tarik dan makanan berminyak.

“Pegawai Jabatan Kesihatan akan berada semasa persidangan DUN dan mereka akan memeriksa setiap makanan dengan kandungan gulanya.

“Mereka juga akan mengambilkira kalori makanan yang akan dihidangkan kepada Menteri Besar termasuk exco-exco kerajaan negeri dan Pembangkang,” katanya.

Menurut Sivanesan, klinik sementara akan disediakan semasa sidang DUN untuk pemeriksaan gula dan tekanan darah secara percuma.

“Kadar kencing manis di negara ini adalah 15.6 peratus iaitu setiap satu daripada enam orang ialah pesakit diabetes,” katanya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual berangkat pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya