Tiada masalah kesihatan, Adam Lee kurus kerana kurangkan pengambilan gula - Utusan Malaysia

Tiada masalah kesihatan, Adam Lee kurus kerana kurangkan pengambilan gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Lee menjelaskan penurunan berat badannya bukan kerana masalah kesihatan.

Sebaliknya, kata pemilik nama sebenar Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee ini, penurunan itu untuk mencapai sasaran bagi mendapatkan fizikal yang diinginkannya.

“Ramai yang sedar dengan perubahan fizikal saya. Malah saudara mara juga bertanya sama ada saya mengalami masalah kesihatan.

“Tapi, saya jelaskan perubahan ini disebabkan saya jaga makan dan aktif bersukan. Berat saya cepat turun apabila saya kurangkan pengambilan gula. Kerana itu, saya berjaya turunkan sehingga 20 kilogram (kg),” katanya.

Adam ditemui pada sidang media Pementasan Purbawara Muzikal: Sulalat ‘Us Salatin: Kemaharajaan Maritim Selat Melaka di Dewan Bahasa Dan Pustaka, baru-baru ini.

Pelakon berusia 30 tahun ini dalam masa yang sama mengakui pernah ditawarkan kaedah ekstrem oleh pihak-pihak tertentu untuk menurunkan berat badannya.

Namun, mengenangkan risiko dan kesan negatif, Adam menolak kaedah yang dicadangkan dan memilih untuk menurunkan berat dengan cara lebih selamat.

“Ada pihak yang sarankan jalan pintas, pengambilan suntikan steroid misalnya. Tapi saya tolak.

“Saya mahu turunkan berat dengan cara semula jadi, kawal pemakanan dan teruskan bersukan.

“Cara itu lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya