Tiada kejadian tembak-menembak di Ampang

Tiada kejadian tembak-menembak di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiada kejadian tembak-menembak berlaku ketika sebuah kenderaan polis mengejar sebuah kereta di Ampang, Selangor seperti tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10 malam itu, polis mengejar kereta dinaiki seorang lelaki berusia 47 tahun.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan lelaki yang tidak bekerja itu menaiki kereta Proton Waja warna Perak memecut laju di Persiaran Ampang Saujana ke arah Bukit Ampang selepas diarahkan berhenti oleh polis yang menjalankan rondaan.

Polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya