Tiada elaun badan uniform parti politik - PM

Tiada elaun badan uniform parti politik – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak memberikan sebarang elaun kepada mana-mana badan beruniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian elain penugasan hanya diberikan kepada sukarela yang berdaftar di bawah agensi kerajaan mengikut kadar ditetapkan.

Katanya, kadar itu ditetapkan mengikut akta dan peratusan agensi masing-masing.

“Antara agensi kerajaan yang mempunyai anggota sukarelawan dan diberikan elaun penugasan adalah daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). 

“Justeru, pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik tidak berbangkit sama sekali,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuatnaik ke laman sesawang Parlimen Malaysia.

Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN – Hulu Terengganu) yang meminta pendirian kerajaan dalam pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif semua pihak dalam menyertai aktiviti kesukarelawan dalam membentuk jati diri masyarakat yang mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya