Tiada diskriminasi penempatan pelajar kursus kritikal di IPTA - Utusan Malaysia

Tiada diskriminasi penempatan pelajar kursus kritikal di IPTA

ZAMBRY Abd. Kadir berucap pada penutup Konvensyen Barisan Nasional Negeri Perak 2024 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tidak wujud diskriminasi dalam penempatan pelajar dalam kursus kritikal seperti Perubatan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti mana anggapan pelbagai pihak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebaliknya berkata, apa yang sering menjadi pertikaian adalah pemohon tidak dapat pilihan pertama kursus yang dikehendaki seperti Perubatan, Farmasi dan Pergigian.

Namun jelasnya, kemasukan ke dalam jurusan pengajian tersebut adalah berdasarkan merit dan bukan mengikut kaum.

“Bukan hanya melibatkan masyarakat India, ada pelajar-pelajar daripada kaum Melayu pun begitu juga (tidak mendapat kursus pilihan).

“Ada mereka yang mendapat keputusan semua A tetapi tidak mendapat kursus pilihan utama kerana jumlah tempat yang terhad.

“Begitu juga dengan kaum Cina dan yang lain,” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelajar kaum India yang cemerlang untuk memasuki IPTA yang dibangkitkan dalam konvensyen tersebut.

Kata Zambry, misalnya ribuan yang memohon untuk mengikuti kursus kritikal namun tempat yang disediakan adalah terhad.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan juga menimbangkan kes istimewa seperti pemohon atau pelajar daripada latar belakang keluarga miskin tanpa mengira kaum untuk diberikan tempat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya