Tengkujuh: 883 sekolah berisiko dilanda banjir

Tengkujuh: 883 sekolah berisiko dilanda banjir

AZMAN Adnan (tengah) beramah mesra bersama guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara selepas Majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih Kenangan Abadi di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 883 sekolah di seluruh negara dikenal pasti berisiko dilanda  banjir dalam Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan, sekolah terlibat pernah dilanda banjir bagi tempoh 2018 hingga 2024 dengan 770 daripadanya adalah sekolah rendah.

“Semua jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi pendidikan telah diberi peringatan untuk mengambil langkah kesiapsiagaan menghadapi MTL bagi mengurangkan risiko kerugian.

“Garis panduan mengenai tindakan sebelum, semasa dan selepas berlaku bencana banjir juga telah disediakan untuk pengurusan banjir tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih Kenangan Abadi di Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.

Lebih 900 guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan di  Terengganu yang bersara diraikan pada majlis itu.

Berdasarkan rekod, negeri Sarawak mencatatkan bilangan sekolah tertinggi yang berisiko banjir iaitu 227 sekolah diikuti Sabah (208), Pahang (93), Kelantan (91) dan Terengganu (90).

Di Perak, sebanyak 45 sekolah dikenal pasti berisiko diikuti Selangor (42), Kedah (23), Johor (19), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (19), Pulau Pinang (15), Negeri Sembilan (10) dan satu di Melaka.

Beliau berkata, Jawatankuasa Task Force Bencana Banjir MTL iwujudkan bagi  memperincikan tindakan yang patut diambil pihak berkaitan sekiranya banjir berlaku.

“Insya-Allah dengan persiapan rapi ini, kita berharap banjir yang melanda nanti dapat diuruskan dengan baik terutama kebajikan pelajar dan warga Kementerian Pendika  yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya