Tenaga kerja, bakat STI selaras agenda pelaburan teknologi

Tenaga kerja, bakat STI selaras agenda pelaburan teknologi

CHANG Lih Kang (tengah) bergambar bersama para penerima anugerah saintis muda negara 2024 pada majlis perasmian penutup Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) kini dalam fasa menyiapkan tenaga kerja dan bakat dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) selaras agenda kerajaan menarik pelabur dalam bidang teknologi.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ketika ini kerajaan menumpukan kepada tenaga kerja Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi.

“Kita kini beralih daripada industri dan pelaburan intensif buruh kepada pelaburan bernilai tinggi serta berteknologi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan di sini, hari ini.

Katanya, selepas menyediakan bakat dan tenaga kerja mencukupi, negara tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja luar.

Sementara itu, Lih Kang dalam ucapannya berkata, Mosti akan meneruskan pelaksanaan program
Malaysia Techlympics sebagai inisiatif memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan.

Menurutnya, inisiatif ini menekankan objektif membudayakan belia dengan minda kritikal, set
kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

“Sepanjang tahun ini, Mosti menganjurkan lapan Karnival MSN di Peringkat Negeri dengan jumlah pengunjung dianggarkan seramai hampir 100,000 orang.

“Pada masa sama, pelaksanakan MSN secara dalam talian telah bermula sejak bulan April 2024 dan berakhir pada penghujung bulan Oktober 2024,” katanya.

Katanya, secara keseluruhanya, penganjuran MSN 2024 telah mencatatkan hampir 2.4 juta penglibatan daripada seluruh negara.

Jelasnya lagi, ini adalah penganjuran kali ketiga Malaysia Techlympics dimana kali ini lebih 2,000 orang peserta dari 538 pasukan berkumpul
bersama-sama dan bersaing di Peringkat Zon Akhir Kebangsaan pada hari ini dalam 17 pertandingan yang dipertandingkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya