Tembak mati di parkir hotel, dua lelaki ditahan

Tembak mati di parkir hotel, dua lelaki ditahan

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Polis menangkap dua lelaki yang disyaki suspek bagi kes tembak mati seorang lelaki di tingkat empat tempat letak kenderaan sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua suspek berusia 36 dan 43 tahun itu dicekup oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri ketika mereka sedang bergerak menggunakan kenderaan di kawasan Miri pada pukul 2.35 pagi

“Suspek merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Brunei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Nixon berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan hotel terbabit berhubung kejadian itu pada pukul 11.48 malam.

“Mangsa didapati terbaring di hadapan pintu masuk lif dalam keadaan berdarah dan pemeriksaan yang dijalankan pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan tembakan dan pendarahan pada bahagian dada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya